Sesiapa berminat untuk membeli VIVIX RM37* (free postage) @ SET HAMIL @ SET BERPANTANG @ SET SKINCARE @ SET WEIGHT GAIN @ SET RAMBUT GUGUR @ LAIN_LAIN SET dengan PENJIMATAN BERGANDA??


+ HARGA MURAH & ISTIMEWA +
[ sms/ wassup: 018-3632671 (Nady)] / [PM FB Page : Humaira Natural Healthcare]
untuk sebarang pertanyaan atau order...

"SELAMAT MENCUBA"

"SELAMAT MENCUBA"

"SELAMAT MENCUBA"

ABOUT US

One complete happy family


Saya merupakan seorang Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang bercita-cita tinggi. Ingin mencuba nasib dalam perniagaan secara maya. Sifat pemalu yang saya miliki menjadikan saya seorang yang kurang minat dalam perniagaan walaupun ayah saya seorang peniaga yang berjaya. Dengan adanya kemahiran dalam mencipta dan mereka grafik serta design yang menarik (laa sangat) saya cuba untuk membina empayar sendiri dengan bantuan suami tersayang. Empayar yang saya maksudkan adalah empayar perniagaan secara online yang kini sedang hangat diperkatakan terutama di fesbuk. 

Nak dipendekkan cerita, saya mempunyai seorang suami (seorang je la kan..dh kita ni pompuan..mne boley kawen lebey dari sorang) yang amat memahami kehendak dan keperluan isterinya, iaitu SAYA. Sungguh tidak disangka-sangka bila mulut lazerr ni bersuara untuk mencuba nasib dalam perniagaan SHAKLEE disokong oleh suami. Saya dan suami yang dahulanya amat SKEPTIKAL tentang produk ini, kini menjadi tokey pulak (walaupun baru saja berjinak-jinak...suka hati la kan nak panggl tokey ke tak..hihi..doakan kami ye !.). Alhamdulillah berkat usaha dan research yang kami lakukan, ternyata produk ini amat berkesan terutama pada wanita yang menyusukan bayi (sebab pada asalnya saya secara senyap-senyap telah membeli produk ini tanpa pengetahuan suami..hihi..mintak ampun ye papa..). Kesedaran untuk melakukan penyusuan secara eksklusif timbul apabila saya telah disahkan hamil anak perempuan kembar.

Tengokni comey tak kami ?!.

Haa..introducing our two cute lil' princesses.. Pada awalnya mereka telah diberikan susu formula oleh misi-misi di hospital memandangkan mereka terpaksa ditahan wad sebab dikhuatiri dijangkiti GBS. Kebetulan susu saya pada hari ketiga baru keluar..huhuhu.. Menyesal. Tapi niat untuk teruskan penyusuan susu ibu tak pernah hilang..Alhamdulillah.. dengan berkat usaha dan ikhtiar serta doa saya berjaya! Sokongan dari suami terchenta juga !. Thanks papa.. Hurm..macamana dengan anak sulung kami.. Ishh...anak lelaki sulung kami yang amnje dan shomel tu..Saya sungguh terkilan kerana tidak dapat exclusive breastfeeding sampai umonya dua tahun. Tapi alhamdulillah, Allah tunaikan hajat saya sehingga umornya 8 bulan disebabkan saya sudah disahkan hamil.. Iye... tak percaya ya ?! Saya bersalin anak sulung pada tahun 2012 dan kembar kami tahun 2013. HAHAHA.. Sungguh produktif kan.. ALHAMDULILLAH..

Haa... ini lah Abang Long.. Comel kan ?!.

Sekarangni Abang Long dh setahun setengah. Dah besar anak mama ni. So, sekarangni saya akan lebih berusaha dengan gigihnya untuk membantu suami saya menyara ketiga-tiga putera dan puteri kami. Doakan kami ibu bapa muda yang baru nak mengorak langkah ke dunia perniagaan. InsyaALAH setiap langkah yang kami buat, kami akan lakukan dengan ikhlas untuk membantu para ibu dan bapa diluar sana. Kami bukan bertujuan untuk menjual produk tetapi untuk membantu mereka yang memerlukan. Dengan penggunaan produk-produk keluaran SHAKLEE ini, insyaAllah dapat meringankan beban yang ditanggung kalian. Yang penting USAHA, DOA, TAWAKKAL..Tiga kunci utama dalam mengapai apa jua kejayaan yang diingini. INSYALLAH..

Sekian nukilan dari mama NashDniey.

1 comment: